Kebersihan diri mencerminkan keperibadian seseorang kerana ia memberi kesan yang mendalam terhadap pergaulan seharian dalam masyarakat sekeliling. Menjaga kebersihan diri amat perlu di tempat-tempat penyediaan dan penyajian makanan. Kebersihan diri saling berkait dengan kebersihan makanan yang hendak disajikan. Kebersihan makanan hanya akan tercapai apabila para pekerja, alat-alat serta bahan yang digunakan terjamin kebersihannya.
Prinsip kebersihan diri menyatakan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan bidang penyediaan makanan serta minuman. Antaranya ialah:
Mesti mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk mengelakkan bau badan, kekotoran daki dan peluh.Gunakan air dan sabun mandi yang bersih. Mandi dengan air suam amat digalakkan terutama bagi mereka yang terlampau penat menjalankan tugas seharian. Lap badan dengan tuala yang bersih
Rambut hendaklah disikat dengan kemas dan rapi. Rambut hendaklah dibersihkan dengan syampu sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mengelakkan sebarang jangkitan kutu dan kelemumur.
Basuhlah tangan dengan sabun. Tangan adalah bahagian badan yang kerap bersentuh dengan makanan. Oleh itu, ia perlu dibersihkan setiap kali sebelum memulakan kerja-kerja pengendalian makanan atau selepasnya.
Kuku yang panjang tidak elok untuk penyajian makanan.Kuku yang panjang juga merupakan tempat yang sesuai bagi bakteria.Kuku perlu dijaga dengan baik dan betul. Penjagaan yang rapi ialah dengan mengikir dan membentuk kuku dengan papan emery. Gunakan berus kuku yang lembut dan sesuai untuk membersihkan dan menanggalkan kekotoran di celah-celah kuku.
MULUT
Mulut yang berbau boleh menimbulkan perasaan kurang senang dan jijik kepada para pelanggan. Oleh itu, penjagaan yang rapi amat diperlukan. Penggunaan ubat pencuci mulut adalah perlu kepada setiap individu yang terlibat dalam penyajian makananHidung hendaklah dijaga dengan baik dan bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman virus yang boleh menyebabkan seseorang itu menghidapi selsema. Oleh itu, pekerja yang menghidapi selsema dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor dan mereka tidak dibenarkan menjalankan tugas.
No comments:
Post a Comment