Thursday, November 25, 2010

BEVERAGES

Kebanyakan operasi penyediaan makanan dan minuman menerima keuntungan daripada penjualan minuman atau juga dikenali sebagai beverages.  Ini terutamanya buat perniagaan seperti bar dan kelab malam. Minuman dapat menjana keuntungan yang banyak kerana ianya boleh dihidangkan dengan mudah, pada bila-bila masa dan tidak memerlukan jumlah pekerja yang ramai untuk beroperasi

Secara asasnya minuman dibahagikan kepada 2 kategori iaitu minuman beralkohol dan minuman tidak beralkohol. Kategori ini juga yang membezakan antara minuman yang disediakan (prepared beverages) dan minuman siap sedia untuk diminum (ready to drink beverages)

       






prepared beverages

Minuman siap sedia untuk diminum boleh terus dihidang dan diminum apabila ianya telah sampai atau diterima dari pengilang atau pembuat tanpa dilakukan sebarang penambahan atau perubahan ke dalam minuman itu. Manakala minuman yang disediakan di premis penyediaan adalah minuman seperti kopi, teh atau koktel. Perkhidmatan minuman jenis ini tidak memerlukan sukatan yang standard untuk disediakan. 



ready to drink beverages











Wednesday, November 24, 2010

GELAS WINE

Dalam bidang penyediaan makanan dan minuman, terdapat pelbagai jenis peralatan, pinggan mangkuk, cawan, gelas dsb yang perlu diketahui fungsi serta kegunaannya yang betul. Walaubagaimanapun tidak semua orang tahu kegunaan dan fungsi setiap barangan tersebut. Di sini, kita akan menumpukan kepada salah satu jenis alat yang kurang di ambil tahu oleh kebanyakan individu iaitu gelas wine.


Bagi setiap gelas wine, ianya terdiri daripada 3 komponen utama iaitu tapak (base) yang mengekalkan gelas tersebut dalam keadaan tegak atau berdiri, batang (stem) yang membolehkan anda memegang gelas tersebut tanpa memindahkan haba dari badan kepada wine (wine amat sensitif kepada haba) dan yang terakhir ialah badan gelas (body) yang kita sedia maklum berfungsi sebagai tempat wine dituang.


Terdapat pelbagai jenis gelas wine yang ada di pasaran dan digunakan tetapi secara umumnya hanya 4 jenis gelas wine sahaja yang meluas penggunaanya iaitu:


  • Red Wine Glass
  • Bordeaux Glass
  • Pinot Noir Glass
  • Champagne Flutes Glass

GAMBARAJAH DI BAWAH MENUNJUKKAN JENIS-JENIS GELAS WINE

    

 Gelas Red Wine



                                                           
Gelas Bordeaux


                                                               
Gelas Pinot Noir


 
                                                     
Gelas Champagne Flute

KEBERSIHAN DIRI

Kebersihan diri mencerminkan keperibadian seseorang kerana ia memberi kesan yang mendalam terhadap pergaulan seharian dalam masyarakat sekeliling. Menjaga kebersihan diri amat perlu di tempat-tempat penyediaan dan penyajian makanan. Kebersihan diri saling berkait dengan kebersihan makanan yang hendak disajikan. Kebersihan makanan hanya akan tercapai apabila para pekerja, alat-alat serta bahan yang digunakan terjamin kebersihannya.

Prinsip kebersihan diri menyatakan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan bidang penyediaan makanan serta minuman. Antaranya ialah:

BADAN

Mesti mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk mengelakkan bau badan, kekotoran daki dan peluh.Gunakan air dan sabun mandi yang bersih. Mandi dengan air suam amat digalakkan terutama bagi mereka yang terlampau penat menjalankan tugas seharian. Lap badan dengan tuala yang bersih
RAMBUT

Rambut hendaklah disikat dengan kemas dan rapi. Rambut hendaklah dibersihkan dengan syampu sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mengelakkan sebarang jangkitan kutu dan kelemumur.

TANGAN
Basuhlah tangan dengan sabun. Tangan adalah bahagian badan yang kerap bersentuh dengan makanan. Oleh itu, ia perlu dibersihkan setiap kali sebelum memulakan kerja-kerja pengendalian makanan atau selepasnya.

KUKU
Kuku yang panjang tidak elok untuk penyajian makanan.Kuku yang panjang juga merupakan tempat yang sesuai bagi bakteria.Kuku perlu dijaga dengan baik dan betul. Penjagaan yang rapi ialah dengan mengikir dan membentuk kuku dengan papan emery. Gunakan berus kuku yang lembut dan sesuai untuk membersihkan dan menanggalkan kekotoran di celah-celah kuku.
MULUT
Mulut yang berbau boleh menimbulkan perasaan kurang senang dan jijik kepada para pelanggan. Oleh itu, penjagaan yang rapi amat diperlukan. Penggunaan ubat pencuci mulut adalah perlu kepada setiap individu yang terlibat dalam penyajian makanan


HIDUNG
Hidung hendaklah dijaga dengan baik dan bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman virus yang boleh menyebabkan seseorang itu menghidapi selsema. Oleh itu, pekerja yang menghidapi selsema dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor dan mereka tidak dibenarkan menjalankan tugas.

POTONGAN BUAH TEMBIKAI


Salah satu buah yang popular di tempat beriklim panas atau khatulistiwa ialah buah tembikai. Selain menyejukkan buah ini juga merupakan makanan yang berkhasiat. Buah ini boleh didapati di pasaraya, gerai-gerai atau di kedai buah dengan mudah sekali. Untuk mendapatkan buah yang lebih baik, anda boleh membeli buah itu dan memotongnya sendiri. Jadi di sini kita akan mempelajari cara untuk memotong buah tembikai yang amat sedap.

Langkah-langkah yang perlu diambil ialah:


potong bahagian atas dan bawah buah (top and bottom)


tegakkan buah dan potong buah menjadi 2 bahagian


ambil sebelah bahagian yang telah dipotong tadi dan potong menjadi kepingan lebih kecil


potong dan keluarkan isi tembikai dari kulitnya


potong isi tembikai yang telah dikeluarkan dari kulitnya tadi


hidangkan buah tembikai tadi di dalam bekas

LIPATAN NAPKIN

Napkin digunakan sebagai dekorasi di meja makan. Terdapat 2 jenis napkin iaitu napkin kain dan napkin kertas. Pelbagai bentuk napkin dapat dihasilkan dan dipelajari dengan mudah. Antara conth-contoh napkin ialah:


  • peacock
  • cock's comb
  • tulip
  • snow
  • classic
  • oriental fan
Untuk mendapatkan bentuk napkin yang cantik, beberapa tips perlu diamalkan:
  • bekerja di tempat yang bersih dan kering semasa melipat napkin
  • simpan napkin di tempat penyimpana/stor yang kering
  • napkin perlu disimpan dalam keadaan lebar dan bukan dilipat
  • pastikan napkin diseterika dengan sedikit kanji sehingga menjadi tegak dan mudah dilipat dengan jari.
Di bawah ini ialah beberapa gambar lipatan napkin:


bird of paradise


butterfly

 bishop hat

banana

fan